Isnin, 12 Mac 2012

Mayat rentung sah milik Nurul Nadirah @ Dirang


Tersentuh hati bila tengok berita Buletin Utama TV3 tadi iaitu tentang mayat rentung yang dijumpai di Nusa Damai dekat Seri Alam 8 Mac lepas adalah milik kanak-kanak yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5 tahun.

Kejam sungguh orang yang buat perkara keji tuh..dah la dibunuh...dibakar pulak tu...sejak akhir2 ni banyak betul kes yang melibatkan kanak2....dulu pun kita dah dikejutkan dengan cerita2 macam ni sebelum ni.....

Dirang telah dilaporkan hilang ketika keluar membeli mee segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Diharap pihak polis dapat mencari penjenayah tersebut secepat mungkin dan keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya..

p/s: Jangan biarkan anak kecil keluar sendirian tanpa ditemani dan pengawasan orang dewasa. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Dalam rumah pun boleh jadi mangsa, inikan pula di luar rumah.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :