Jumaat, 16 Mac 2012

Jadual pengiraan gaji SSM 2012 untuk penjawat awam



TERKINI : Pekeliling baru Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam (SSM 2012)

***********************************************************************************

Semenjak pengumuman PM tentang pembatalan SBPA dan menambahbaik SSM rasanya ramai yang dah tak sabar2 nak tunggu gaji baru ni. Ramai yang dah berkira-kira gaji yang bakal dapat iaitu dengan kenaikan 13% daripada gaji pokok dan kenaikan tahunan daripada RM80 hingga RM320. Belum lagi dikira tunggakan yang bakal penjawat awam dapat kerana gaji baru ni berkutkuasa pada 1 Januari 2012 sepertimana yang telah diumumkan oleh PM sebelum ni...

Saya sendiri sibuk juga mencari sumber2 di internet, maklumlah isu ni kan dikira panas juga sekarang ni kan....Cari punya cari terjumpa blog theplainyard yang buat jadual pengiraan gaji SSM 2012. Isi saja dalam ruangan yang diwarnakan dan korang dah boleh tahu berapa gaji yang korang bakal dapat sehingga tahun 2016 nanti.....bolehlah kalau nak tambah2 hutang tu lagi kan..hehehehehe......okaylah kt bawah ni saya ada sertakan print skrin untuk jadual gaji ni..


Korang boleh download jadual bentuk Excel ni kt sini.
 
SINI - Google 
SINI - Mediafire


Cara pengiraan yang saya tunjukkan dalam print skrin kat atas tu adalah untuk jawatan F44....so korang boleh tukar mengikut gred jawatan korang......apa yang korang perlu buat ialah

i. Tukarkan amaun dalam kotak yang berwarna merah tu ikut gred dan tangga gaji korang....contohnya bagi gred F44 (SSM lama), gaji P1T1 ialah RM 3020.56, P1T2 RM 3173.63 dan seterusnya. Korang cuma perlu tukar pada kotak warna merah sahaja, lain-lain akan bertukar secara automatik.

ii. Tukarkan amaun dalam kotak yang berwarna kuning bagi Kenaikan Gaji Tahunan (SSM2011). Cara untuk tentukan Kenaikan Gaji Tahunan SSM2011 ialah dengan P1T2-P1T1 (RM3173.63- RM3020.56 = RM153.07). Jumlah tangga gaji korang dalam Excel ni akan bertukar secara automatik.

iii. Tukarkan amaun dalam kotak yang berwarna kuning bagi Kenaikan Gaji Tahunan (SSM2012). Untuk makluman, kenaikan gaji tahunan 2012 ni belum lagi dikeluarkan lagi oleh JPA, tapi dah banyak sumber-sumber dalam internet dah dikeluarkan...apa2 pun tunggu maklumat rasmi dari JPA...tapi amaun dalam kotak yang saya letak tu cuma kenaikan bagi F44 yang saya jumpa dari sumber internet...belum tentu sahih lagi lagi okay....rajin2lah semak kt website JPA.

Sumber : theplainyard

p/s: Berbelanjalah secara berhemah dan tingkatkan produktiviti kerja bila gaji dah naik ni...jangan asik claim OT tapi sebenarnya time bekerja balik rumah main Facebook....lagi satu ada juga yang rehat2 kt umah then datang ofis punch out utk claim OT....jgn buat macam tu ok.....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :