Sabtu, 11 Februari 2012

Going Places : Restoran Matahari di Prima Saujana, Kajang






Going places kali ni nak bawa korang semua di satu restoran di Prima Saujana, Kajang....Nama restoran ni ialah Matahari Cafe. Dulu restoran ni dikenali dengan nama Paradise dan telah bertukar pemilik lebih kurang 4 bulan yang lepas. Restoran ni sebaris dengan bank Standard Chartered, senang nak cari.


Menu yang boleh didapati di Matahari Cafe ni ialah western, pizza dan juga masakan melayu. Rasanya boleh tahan sedap jugak.....bolehlah kalau nak repeat datang makan lagi. Harga pun berpatutan macam makan kat kedai tomyam jugak.....

Daging masak pedas
Ni ialah menu daging masak pedas. Sedap dan pekat kuahnya. Kuantiti memang banyak. Tak macam makan kt kedai tomyam kadang2 tu sikit jer daging dia. Daging pula dipotong memanjang. Kalau yang tak berapa kuat makan tuh...satu pinggan ni boleh makan untuk 2 orang. Harga dalam RM6. Ok kan.

Paprik Ayam
Paprik ayam ni memang banyak kuantiti ayam dia....puas hati makan....rasa pun okay. Ini baru namanya paprik ayam. Ada tempat tu...lebih banyak sayur dari ayam...huhuhu....nak jimat n untung lebih kot....

Brokoli Oysster
Chicken Wrap
 Chicken Wrap ni pulak macam kebab. Dimakan bersama mayonis.

Chicken wing
Chicken ni pula dihidangkan bersama fries dan sos.

Ada banyak lagi menu kt restoran ni. Tak kan nak makan semua kan...heheheheh...so far...puashati dengan harga dan rasa... cuma masa saya datang tu orang tak ramai sangat...maybe restoran ni baru buka so orang tak tahu lagi tentang kewujudan restoran ni. Bagi korang yang dok kt Kajang tu, bolehlah singgah kt restoran ni pastu jgn lupa ajak sekali yekk..hehehehe.....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :