Selasa, 14 Februari 2012

Drama Review : Sinopsis drama Atas Nama Cinta

Drama Gemersik Kalbu dah pun tamat. Sekarang ni cerita barulah plak...Drama Atas Nama Cinta. Pelakon pun nampak semua hebat2 jugak...Drama ni adalah lakonan Shah Iskandar Mahfuz (Saiful/Ghaz), Fiza Halim (Cinta), Shahz Jaszle (Tengku Farish), Wan Shade (Sulaiman), dan Roy Azman (Ahmad),Tasha (Balqis).


Atas Nama Cinta mengisahkan tentang cinta tiga segi di antara Cinta (Fiza), Ghaz (Shah), Tengku Farezz (Shahrizal) dan Balkish (Tasha Shila).

Cinta dan Ghaz mula berkawan sejak kecil lagi dan sering melindungi Cinta jika diganggu oleh kanak-kanak nakal di kampung.

Kemudian, timbullah bibit-bibit cinta antara kedua-dua mereka. Bagaimanapun cinta mereka tergantung apabila Ghaz dibawa lari oleh keluarga angkatnya ke Perth. Cinta pula ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia dalam kemalangan.

Selepas 15 tahun berlalu, Cinta berpeluang untuk menyertai sebuah kursus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farezz.

Farezz memperkenalkan Cinta kepada teman karibnya, Ghaz. Bermula di situlah, Cinta dan Ghaz merasai sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :