Ahad, 18 Disember 2011

Tutorial : Update automatik entri terbaru blog ke dalam Fanpage

Malas nak update blog korang kt dalam fanpage? Tak ada masa nak update manual ke dalam fanpage? Saya pun macam tu. Kadang2 tu bila dah update entri dalam blog tak sempat pula nak update dalam fanpage. Sibuk dan kadang2 facebook tak boleh dibuka di office menyebabkan kadang2 banyak entri saya terlupa untuk saya update dalam fanpage.

Tapi jangan risau. Ada satu cara untuk korang update secara automatik entri korang tu terus ke dalam fanpage. Ada banyak cara yang saya jumpa tapi yang ini nampak mudah sikit.

Caranya ialah dengan menggunakan perisian dlvr.it. Dengan menggunakan dlvr.it bukan sahaja boleh update ke facebook tapi pada social network yang lain.

1. Pergi ke dlvr.it dan daftar


 2. Selepas login, korang akan diminta untuk masukkan URL feed blog korang. Make sure URL tu betul sebab korang tak dapat ke step seterusnya kalau salah URL. Pilih antara 3 pilihan yang diberikan. Klik Next.

3. Pilih social network yang korang nak terus di update dari blog.
4. Ikut arahan yang diberikan seterusnya. Dan last sekali akan keluar skrin macam kat bawah ni menandakan korang dah pun link kan blog korang dengan facebook. So, sekarang ni, bila korang update blog korang, secara automatiknya di update dalam fanpage korang.


5. So sekarang, dalam fanpage korang dah pun diupdate tanpa perlu update secara manual.


 Cubalah yer....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :