Isnin, 19 Disember 2011

Izreen Azminda bakal bertunang 1 Januari 2012

Pada sesiapa yang meminati drama Tentang Dhia mesti ingat dengan nama Melly ni kan yang di lakonkan oleh Izreen Azminda. Wataknya mmg menyakitkan hati betul. Pandai Izreen ni bawa watak. Dan korang juga mesti pernah dengar gosip pasal Izreen dan Johan (Botak) ni dan tersebar di blog2 hiburan beberapa bulan lepas. Izreen mendakwa yang Johan pernah mengajaknya bertunang, tetapi Johan menafikan. Itu dulu ok..

Dengarnya sekarang ni, Izreen dah mengaku akan bertunang dalam kenyataannya dalam BPOP semalam. Beliau mengaku akan bertunang pada 1 Januari 2012 dengan Mohammad Riza Baharudin yang dikenali ketika menjalani pengambaran drama Tentang Dhia dan akan berkahwin sebelum hari raya Aidilfitri tahun depan.

Kalau betullah kan, tahniah diucapkan. Dalam ribut2 pasal Johan ajak bertunang, akhirnya bertunang juga tapi dengan orang lain walaupun pernah menafikan kesahihannya sebelum ini. Biasalah artis...pusing2...lepas tu mengaku...hehehehe...

Sumber : rotikaya

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :