Sabtu, 29 Oktober 2011

Tutorial : Cara buat Wishlist dalam blog

Rasanya korang mesti selalu tengok ada wishlist kat blog kan. Tapi camner ek nak buat?....Senang jer...korang follow jer step kt bawah ni.

1. Pergi ke dashboard > layout > page element > add a gadget > HTML/javascript
2. Masukkan code berikut

<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="WISHLIST 1" checked />WISHLIST 1 <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="WISHLIST 2" checked />WISHLIST 2<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="WISHLIST 3" checked />WISHLIST 3<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="WISHLIST 4" disabled />WISHLIST 4<br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="WISHLIST 5" disabled />WISHLIST 5<br />
</form>
 
3.  Kat tulisan hijau tu korang tukar dengan wish  korang dan tulisan checked tu kalau korang rasa dah penuhi wishlist korang tu dan tulis disabled kalau belum lagi penuhi wishlist korang. Faham?....Rasanya korang dah faham kot..kalau tak faham boleh tanya ok....Contoh macam gambar kat bawah ni.

4. Save dan preview ok dan lihat hasilnya.



Jumaat, 28 Oktober 2011

Laman web FAM telah digodam!

Belum pun isu harga tiket yang mahal oleh FAM, dilaporkan laman web FAM telah pun digodam gara-gara harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini mencecah RM50.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

p/s: Wajar ker tiket sehingga RM50?...Kalau yang datang tu satu family...seorang RM50...fuhhh......kosong poket....tapi FAM ada memberi alasan yang mereka ni banyak benda nak kena bayar sebab tu harga tinggi....apa2 ajerlah.....yg pasti sokonglah pasukan masing2 yer....




Kredit gambar : Milosuam


 

Rabu, 26 Oktober 2011

Sah! Remy Ishak bercinta dengan Tiz Zaqyah


Akhirnya pelakon Remy Ishak mengaku sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah....Sebelum ni pun dah ada dengar depa ni bercinta lebih2 lagi selepas berlakon dalam drama Nur Kasih. Dan banyak juga blog2 yang dah menyiarkan tentang percintaan mereka. Cuma tak ada pengesahan daripada kedua2 pasangan ni. Pengakuan ini telah dilaporkan dalam mstar.

Apa kata Remy:

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.
"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.

"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem muzikal 29 Februari, di Stadium Merdeka.

Okaylah...korang boleh baca cerita selanjutnya di mstar.

 

Kenangan Budak-Budak zaman 70 & 80-an

Hi....post ni khas bagi korang yang melalui zaman budak-budak tahun 70 & 80an. Sebenarnya cerita ni teringat balik bila berborak2 dengan kawan di ofis. Cerita punya cerita terselit zaman budak-budak tahun dulu-dulu.Memang layan blues betul bila diingat-ingat...Rasa nak kembali zaman budak-budak yang mmg tak pernah pikir apa-apa...Kalau kita ingat balik, zaman kanak-kanak sekarang memang berbeza. Zaman dulu masa ada internet, nak cari bahan pon kena menapak pergi library. 
 
Sekarang?...Tekan jer keyboard tu...bersepah maklumat keluar. Facebook, Myspace, Friendster dan tah apa2 lagi tah memang dah jadi aktiviti harian. Kalau kita tanya diaorg pasal permainan yang kita main dulu rasa-rasa diaorang tau tak?...heheheh....rasanya tak banyak yang tau kot. Yerlah..dulu-dulu channel tv pon tak banyak, sekarang macam-macam ada.....so itu yang membuatkan diaorang tak keluar rumah.....internet...internet..internet....kadang-kadang rasa mcm life budak-budak zaman sekarang ni tak best macam zaman 80an dulu (saya rasa lah kan...)..okaylah cuma korang baca artikel kat bawah nih...sure korang senyum simpul-simpul bila baca..dan sesungguhnya aku memang rindu sangat saat-saat jadi budak-budak dulu....jom layannnnnnn...


KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1975-1987.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb.....

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa.......

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 Hengget je.

kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family,ping- pong laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh....

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk.....

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi...... .bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control....(yang ni betul....hehehe....)

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...(sekarang kalau tak ada handphone walau seminit macam tak bleh hidup jer..tido pon ada handphone kat telinga)

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak-bdak skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang-sembang dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu....Dimanakah kita sekarang??? Yang penting kenangan tuh takkan saya lupakan sampai bila-bila... 


Jom tengok gambar2 kt bawah ni...sure korang tetiba teringat zaman2 kanak2 kita dulu...rasa nak balik zaman tu...

Kalau pergi kedai mesti soh mak beli ni....ding dang ni dulu mahal jugaklah zaman tu



Ingat tak ni?......balik sekolah mesti cari

Chickadees yg sedap....


Bas mini yg paling best sebab laju dan cepat sampai...ehhehehsuka hati nak berenti kt mana

Bas yg glemer gak selain bas mini...Bas Sri Jaya

Masa kecik2 dulu mak selalu buat askrim ni......balik sekolah agama bukak peti ais
One of my favourite ........yg gula2 jer makan...yg biskut buang..ehhehe
Ingat tak cerita ni...dulu2 selalu mimpi nak jadi cam Jeannie ni.....kelip mata terus dapat apa yg kita nak....mana nak dpt citer ni ekk...ada CD tak?
Tiket bas...budak sekarang tak kenal dah tiket bas ni.....heheheh...duit sumer masuk dalam tabung n naik LRT..dulu2 siap bleh simpan tiket ni...kalau ramai yg naik bas....tak perasan pon org tu dah byr ke tidak..tunjuk jer tiket yg lama..ahahhahaha

Tora datang lagi.......
Majalah wajib baca setiap bulan selain Gila-gila......hehehehe..lallalalala


Sumber gambar: email, facebook ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an.

p/s: Kalau nak tengok lebih banyak gambar masa kita zaman kanak2 dulu bolehlah jon facebook ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an.


Isnin, 24 Oktober 2011

Kad Kahwin Dira Pengacara Melodi dan Helmi

 
Dah dekat cuti sekolah ni memang ramailah yang nak kahwin. Semuanyer berlumba-lumba nak kahwin time cuti seolah ni. Bercerita pasal kahwin ni, pengacara Melodi Dira Abu Zahar akan melangsungkan perkahwinan pada  13 November 2011 dengan Helmi. Kalau nak tahu, helmi ni ialah bekas tunang kepada Nasha Aziz.

Kad pun dikhabarkan telah diedarkan. Macam biasalah kan, artis ni kalau kahwin kad mesti lain dari yang lain. Jom kita tengok kad kahwin Dira dan Helmi ni.

 
 
 
 

Kredit gambar :ohbulan

Perkelahan di Sungai Tekala

Kalau korang tak tahu nak pergi mana hujung minggu, apa kata pergi seisi keluarga atau dengan kawan-kawan di Sungai Tekala. Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor.


Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta.

Sungai Tekala terkenal dengan  air terjun yang bersih yang terletak di dalam jagaan hutan. Terdapat juga beratus tumbuhan yang dilabel untuk pengunjung untuk belajar meneroka alam semulajadi.

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Trek jalan pula dibina dengan kemas untuk memudahkan pengunjung meneroka hutan dan terdapat juga beberapa buah pondok di sepanjang trek untuk pengunjung berehat bersama-sama keluarga.

Kemudahan awam seperti tandas juga disediakan bagi kemudahan. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.

Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor


Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang yang menternak burung unta ini bukan sahaja tertumpu pada burung unta tetapi juga beberapa jenis burung yang lain iaitu ayam dan burung merak.


Pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan burung unta yang berlainan umur dan saiz yang diasingkan di dalam kandang yang berbeza. Pengunjung juga boleh memberi makanan kepada burung unta ini dan juga menunggang bagi sesiap yang berani.


Kalau ada antara pengunjung yang nak bawa cenderahati sebagai ole-ole boleh dapatkan telur burung unta yang telah ditetas dan dihiaskan dengan pelbagai corak dengan harga yang berpatutan. Harga tiket untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM5.


Going Places: Kedai Shamsudin, Vietnam


Kedai Shamsudin adalah antara restaurant yang menyediakan makanan halal di Ho Chi Minh, Vietnam. Restaurant ini menyediakan makanan yang menepati selera orang Malaysia. Semasa saya berkunjung di restaurant ini, orang Malaysia yang datang memang tidak pernah putus.

Setakat saya berkunjung ke Vietnam, kita memang kena pandai mencari restaurant yang menyediakan makanan halal sebab kalau kita tengok gerai2 di tepi jalan makanan yang dijual memang tidak sesuai dengan kita. Orang-orang diVietnam ni suka makan makanan yang eksotik.

  1. Going Places : Saigon Seri Penang, Vietnam
  2. Going Places: Halal @ Saigon Ho Chi Minh, Vietnam
  3. Going Places : Satay House, Malaysian Restaurant Vietnam

Berikut adalah info tentang Kedai Shamsudin:
Alamat : 445 Le Hong Phong St., Ward.2, District 10, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel : +84.8.6271-7494
Website: http://restaurant-shamsudin.com.vn/





Lagi gambar seksi Miera Liyana

Tak habis2 artis ni mencetuskan kontroversi. Sebelum ni dengan bergaya seksi di majlis Malam Gala ABP. Ni keluar plak dalam Kosmo semalam..Si Miera ni memang suka tarik perhatian cara macam ini kot...yelah....apalah sangat drama yang dia berlakon.....setakat 2,3 drama n filem orang tak kenal sangat...tapi kalau dengan cara ni....mmg lah org kenal kan...nak2 b4 this keluar statement yang si Miera ni bercinta dengan Shah Jaszl...Apa2 pun kita layankan ajer gambar ni yer....

 
 

p/s: Banyak sangat cerita yang tak ada kene mengena dengan lakonan.....cerita pakai seksi, bercinta, nak kawin...harap2 lepas ni boleh tengok muka Miera ni banyak sikit dalam drama....

Tutorial : Cara buat headline news bergerak dalam blog


Tutorial kali ni ialah nak buat headline news bergerak macam gambar di atas. Biasanya headline news ni diletakkan untuk memberitahu visitor blog kita post2 terkini blog. Widget yang bergerak ni secara tak langsung menarik minat visitor yang datang.

1.  Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.
2. Copy kod di bawah ni dan paste kan

          <script type="text/javascript">
           var hn_url_blog = "http://urlblog.blogspot.com";
           var hn_jumlah_post = 5;
           var hn_warna_latar = "#EEEEEE";
           var hn_warna_garis = "#000000";
           var hn_posisi = "top";
           var hn_tampilkan_judul = true;
           var hn_backlink = true;
           </script> 

          <script src="http://copycat91.googlecode.com/svn/trunk/headlinenews.js">
           </script>


Note:
  • hn_url_blog adalah URL blog korang (widget ini hanya untuk pengguna blogger).
  • hn_jumlah_post adalah jumlah tajuk artikel yang korang nak appear pada headline news.
  • hn_warna_latar adalah kod warna untuk latar belakang headline news.
  • hn_warna_garis adalah kod warna untuk garis bingkai/border headline news.
  • hn_posisi menentukan posisi headline news kamu apakah di atas ("top") atau di bawah ("bottom"),
  • hn_tampilkan_judul bernilai true kalau korang nak tulisan "Headline news of BLOGKORANG" appear di bahagian kiri dan bernilai false jika tidak.
  • hn_backlink bernilai true kalau kamu ingin menampilkan backlink ke blog ini dan false jika tidak.
3. Save dan Preview

Kredit : Bocah Gemblong

Video kemalangan Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini


LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam.

Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.
Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.

Ekoran kemalangan tersebut MotoGP GP Malaysia telah dibatal. Simoncelli telah mengalami kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.

Sumber :berita harian


Video kemalangan Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini


Jumaat, 21 Oktober 2011

Gambar kahwin Yasmin Hani dan Sha'arin



Tepat jam 3.45 petang tadi, akhirnya Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wongtelah selamat menjadi suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang.

Yasmin telah menerima hantaran sebanyak RM32000 dan pihak lelaki telah  membawa 7 dulang hantaran sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin Yasmin Hani dan Sha'arin.

 
 
 
 
 

Kredit gambar : ohbulan