Jumaat, 28 Oktober 2011

Laman web FAM telah digodam!

Belum pun isu harga tiket yang mahal oleh FAM, dilaporkan laman web FAM telah pun digodam gara-gara harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini mencecah RM50.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

p/s: Wajar ker tiket sehingga RM50?...Kalau yang datang tu satu family...seorang RM50...fuhhh......kosong poket....tapi FAM ada memberi alasan yang mereka ni banyak benda nak kena bayar sebab tu harga tinggi....apa2 ajerlah.....yg pasti sokonglah pasukan masing2 yer....




Kredit gambar : Milosuam


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :