Tepat jam 3.45 petang tadi, akhirnya Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wongtelah selamat menjadi suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang.
Yasmin telah menerima hantaran sebanyak RM32000 dan pihak lelaki telah membawa 7 dulang hantaran sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.
Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.
Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin Yasmin Hani dan Sha'arin.
Kredit gambar : ohbulan
