FACEBOOK....Rasanya semua org tau apa itu Facebook. Dari budak sekolah sampaikan ke org tua tau guna Facebook dan boleh dikatakan semua org ada akaun Facebook. Tapi sejak kebelakangan ni banyak sangat cerita kurang enak di dengar tentang Facebook ni. Senang cerita buruknya bila kita menggunakan Facebook ni.
Baru-baru ni ada kes di mana seorang wanita mendakwa telah disihir di Facebook!....Wowww....nak sihir orang pun guna teknologi....hebat orang zaman sekarang. Nampak sangat teknologi yang ada untuk kemudahan kita telah disalahgunakan.
Tapi dalam hal ni tak tau nak salahkan siapa....dah mmg gambar tu diletakkan dalam Facebook....mestilah boleh diakses..dan kita pun tak tahu niat jahat org pada kita. Susah nak ramalkan hati manusia ni. Dalam kes ni, kepada sesiapa yg ghairah sangat nak letak gambar2 dalam Facebook tu supaya berhati2......Niat kita maybe baik nak share gambar dengan org lain, tapi maybe ada org lain yang berniat jahat..sape tau kan.
Hidup tanpa Facebook....boleh ker?
Jom baca berita selanjutnya:
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
Sumber :-kosmo