Selasa, 13 September 2011

Miera Liyana dan Shahz Jaszle bercinta



Akhirnya Shahz Jaszle mengesahkan sedang bercinta dengan Miera Liyana, artis yang menimbulkan kontroversi dengan berpakaian seksi tidak lama dahulu.

Rupa2nya Shahz dah bertemu pengganti selepas putus cinta dengan Maria Farida. Perkara ini disahkan  ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul, ‘Rentaz’ di Pulau Pinang. Kira betul lah tu yer dua2 ni dah pun bercintan cintun......

Miera Liyana dan Boyfriend

Jom kita baca pengakuan mereka berdua:

Shahz Jaszle

“Kami berdua dah kenal sejak lapan tahun yang lalu di mana kami belajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail. Masa itu saya di Tingkatan 5 dan Miera pula di Tingkatan 2. Kami juga merupakan jiran di mana dia tinggal di belakang rumah saya,” ujar Shahz menceritakan detik awal perkenalan mereka.

“Ketika itu, saya menaruh perasaan terhadap dia, namun saya tidak berpeluang untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi. Saya sepatutnya ‘date’ dengan dia waktu itu, namun kawan baik saya yang suka dia. Jadi, saya terpaksa simpan dulu perasaan ini.

“Namun, kami hanya mula serius sejak kebelakangan ini saja. Dulu kami pernah berlakon bersama dalam drama online, ‘Luna Fantasiku’ dan kali ini, kami disatukan kembali dalam filem arahan Mamat Khalid sebagai pasangan kekasih,” jelas Shahz yang memegang watak sebagai Jeff dalam filem tersebut.


Mira Liyana

“Saya suka seseorang itu bukan sebab dia pelakon popular. Saya sendiri jika boleh nak lari dari bercinta dengan orang dalam industri. Bukan itu saja, saya ini jenis yang ‘gila-gila’, jadi susah untuk orang memahami saya.

“Namun dapat mengenali Shahz, dia seorang yang ‘easy going’ dan saya berasa sangat selesa dengan dia. Kami berkongsi banyak benda dalam filem ‘Rentaz’ dan dari situlah kami menjadi lebih rapat,” ujar Miera sambil tersenyum.

p/s : Tak ada lah banyak sangat lakonan Mira Liyana ni boleh kita tengok...tapi kontroversi yang naikkan nama dia.......apa2 ajerlah.....huhuhu....

Sumber : gua.com.my

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :