Jumaat, 30 September 2011

Tutorial : Cara buat kotak SELAMAT DATANG ke dalam blog

Korang pernah tak bila masuk blog orang lain tiba2 ada box yang mengalu-alukan kedatangan korang...contohnya "selamat datang ke blog saya" dan sebagainya lah.

Nak tahu macammana nak buat kotak tu?....Senang jer cara dia ..jom ikut tutorial kt bawah ni yek....

1.  Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.
2. Copy kod di bawah ni
  
<script type='text/javascript'>alert("Masukkan sebarang ucapan yang korang nak kt sini")</script>

3. Save dan preview


4. Mudah bukan?...Cubalah...
 

Gambar perkahwinan Nabil dan Zira


Kini, Ahmad Nabil Ahmad@ Nabil telah sah bergelar suami kepada Nazirah Ayub dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
 
Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin ini yang akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam.

 

Sumber : ohbulan

Bloglist @ LEPAK


LEPAK sekarang ni senang nak mengumpulkan seberapa banyak blog untuk diletakkan dalam Bloglist. Berminat nak tersenarai dalam Bloglist LEPAK?....Senang jer dan tak perlu la susah2 nak buat entri ke apa ke....

Cuma letakkan URL blog korang dalam ruang komen ni macam kt bawah ni. Senang je kan.

URL blog :
Nama korang :
Asal :

Tapi dengan SYARAT!....huhuh...korang kena jugak letakkan LEPAK dalam bloglist korang yekkk......sama2 lah kita kan.....

Tak ada tarikh tutup....Bila2 kitaorg rasa nak tutup kitaorg akan tutup...... 


Khamis, 29 September 2011

Gambar Perkahwinan bernilai 12 juta Memey dan Norman

Majlis perkahwinan Memey dan Norman Hakim ini boleh jugaklah diibaratkan sebagai Wedding Of The Year. Yelah kan.....majlis yg bernilai 12 juta!....Banyak tu.....ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan beberapa jenama besar yang lain. Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, majlis yang bertemakan New York  in Black & White ini telah diilhamkan dari “Nas of Nas Great Ideas”.

Majlis ini adalah secara eksklusif bersama 200 orang media dan tetamu yang lain. Memey memakai persalinan “Rafflesia Pearl Gown“  dan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong.

 Gambar perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Kasut Memey Suhaiza juga ditaja oleh pereka kasut terkenal di dunia, Jimmy Choo yang berwarganegara Malaysia. Disamping itu, Memey turut dihiasi dengan rantai Rafflesia White South Sea Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls. 

Norman pula ditaja oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.
Hai...untunglah badan...ditaja sepenuhnya.......jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis ni....


 
 
 
 


Sumber gambar : ohbulan


Rabu, 28 September 2011

Empire Shopping Gallery, Subang Jaya meletup


Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Walaubagaimanapun, polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.


Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu.Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.
Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi.



Kita nantikan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Sumber : Berita Harian, mstar, galvintan


Selasa, 27 September 2011

Tutorial : Cara buat entry Autopublish

Rasanya dah lama tak buat tutorial kan...huhuhu.....Buat sekian lamanya, hari ni saya nak buat satu tutorial macammana nak buat entry autopublish.

Entry autopublish ni sesuai kalau kita nak setkan bila kita nak entry kita publish. Contohnya nak buat entry yang banyak dalam satu hari atau nak buat entry sekaligus dalam seminggu ke.....kita siap2kan entry dan kemudian setkan tarikh dan masa. Sangat2 sesuai kalau korang ni bz sangat2 dan siapkan 2,3 entry sekali gus dan setkan masa.

Jom kita ikut tutorial ni

1. Buat entry baru di New Post

2. Selesai taip entry, klik pada Publish Post


3. Pada Post date and time pilih Scheduled at. Setkan tarikh dan masa untuk entry di publish.


4. Publish Post dan akan keluar notis seperti di bawah


5. Entry korang akan di publish mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan.


BE ke 8 dan 9 dari Nuffnang


BE lagi!!.... Agaknyer inilah dinamakan rezeki lepas raya kot...huhuhu....anyway thanks to Nuffnang dengan pemberian BE ke 8 dan 9 bagi tahun 2011 ni dan yang ke 4 untuk bulan ni.....alhamdulillah...


Nak dapatkan handbag Paris Hilton dan Elle?..Mencari pakaian wanita. Semuanya di   POISE BOUTIQUE.



Kempen kali ni ialah dari

i.  Shell FuelSave Day
ii. Celcom Purple Shopping Spree

Harap2 kempen-kempen yang menari2 kali ni lama sikitlah melekat kt blog LEPAK ni....huhuhu......


p/s: Nak tips mendapatkan BE Nuffnang? Jom baca kat sini.



Sinopsis Drama Soffiya


Drama Soffiya ni maenggantikan Drama Kasih Alia. Nampak macam best sebab pelakon2nyer boleh tahan hebat dan glemer...Drama Bersiri Soffiya ini adalah Lakonan Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan.


Sinopsis Drama Soffiya

Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan. 
 
Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya. 

Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh. 

Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman. 

Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi. 

Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat. 

Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu. 

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya. 

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya?


Sumber : budiey


Isnin, 26 September 2011

Resepi : Nasi Goreng Daging


Resepi ni mudah nak disediakan. Kalau rasa dah tak sempat sangat tu nak sediakan resepi yang berat2 boleh cuba resepi ni. Jom kita tgk cara-cara nak sediakan resepi ni.

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1. Nasi
2. Daging (dipotong kecil)
3. 1/2 Bawang besar - dihiris
4. 2 biji bawang putih - dihiris
5. 10 biji cili api - ditumbuk atau dipotong kecil
6. Sedikit lobak
7. Cili benggala - kalau tak nak pun tak apa
8. Sos tiram
9. Garam

Cara masak

1. Goreng daging sehingga masak dan kemudian angkat
2. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili api, lobak dan cili benggala
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
5. Masukkan garam secukup rasa dan sos tiram
6. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata
7. Sedia untuk dimakan. Boleh dimakan bersama keropok goreng.


Sabtu, 24 September 2011

Gambar perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang tadi.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis akad nikah pasangan ini.

Majlis pernikahan dan persandingan


p/s : Selamat pengantin baru kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim, semoga kekal hingga ke anak cucu.

Sumber : ohbulan & mstar

Dapatkan pelbagai pakaian wanita, aksesori dan branded handbag di Poise. Kunjungi kami sekarang.