Rabu, 28 September 2011

Empire Shopping Gallery, Subang Jaya meletup


Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Walaubagaimanapun, polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.


Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu.Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.
Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi.



Kita nantikan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Sumber : Berita Harian, mstar, galvintan


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :