Isnin, 26 September 2011

Resepi : Nasi Goreng Daging


Resepi ni mudah nak disediakan. Kalau rasa dah tak sempat sangat tu nak sediakan resepi yang berat2 boleh cuba resepi ni. Jom kita tgk cara-cara nak sediakan resepi ni.

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1. Nasi
2. Daging (dipotong kecil)
3. 1/2 Bawang besar - dihiris
4. 2 biji bawang putih - dihiris
5. 10 biji cili api - ditumbuk atau dipotong kecil
6. Sedikit lobak
7. Cili benggala - kalau tak nak pun tak apa
8. Sos tiram
9. Garam

Cara masak

1. Goreng daging sehingga masak dan kemudian angkat
2. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili api, lobak dan cili benggala
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
5. Masukkan garam secukup rasa dan sos tiram
6. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata
7. Sedia untuk dimakan. Boleh dimakan bersama keropok goreng.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :