Isnin, 20 Jun 2011

Sinopsis Drama Dewa Cintaku



Drama ni sama juga dengan drama Nora Elena iaitu adaptasi daripada novel yang bertajuk Dewa Cintaku. Sekarang memang dah trend kot adaptasikan novel ke drama @ filem.....huhu..bergantung pada pengarah macammana nak jadikan cerita tu sama atau lebih baik daripada novel...

Drama ini mengisahkan tentang Iqbal dan June yang masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, akhirnya mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. menyebabkan June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal dengan Iqbal.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati dengan Iqbal.  Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka berdua ni nak kawin, Iqbal pula mendapat tahu yang June ni ialah kakak kandungnya.

Complicated.....huhuhu....kita sama2 lah saksikan kesudahan cerita ni yekkk......

Pelakon utama : Fasha Sanda, Iqram Dinzly

sumber : Encik Nakal

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :