Ahad, 19 Jun 2011

Pak Uda @ Zami Ismail meninggal dunia




Salam Tahziah buat keluarga Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, kerana Pak Uda telah pun meninggalkan kita semua buat selama-lamanya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi (Ahad). Pak Uda dikatakan tenat pada malam semalam kerana keadaan jantungnya yang sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal di Institut Jantung Negara (IJN).



Pak Uda yang sebelum ini terkenal dengan siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu akhirnya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi tadi kira-kira pukul 10.30 pagi di Institut Jantung Negara, Kuala LumpurJenazah Allahyarham dikatakan akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Apa2 pun takziah kepada seluruh keluarga Pak Uda. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :