Rabu, 8 Jun 2011

Movie Review : X-Men First Class The Movie


Evening lepak

Jay nak kongsi review tentang movie X-Men First Class yang Jay dapat luangkan jugak masa gi tengok kat TGV bebaru ni.

Terus terang Jay cakap kepada die hard fans X-Men yang memang follow character ni dari zaman cartoon dan comic strips dari tahun 90-an dulu sampai la ke movie memang harus dan wajib tengok prequel ni.

Prequel adalah story line based kepada waktu sebelum cite timely nye berlaku contohnya filem ni sebelum ni buat cite pasal yang sedang berlaku sekarang ni pastu director dah takde idea nak sambung buat pulak cite asal usul cite ni so itulah dia prequel.

Antara Prequel yang famous ialah filem trilogy Starwars.

Dari segi jalan cite pun memang muahhh..cun sangat.


Filem ini mengisahkan asal usul X-Men yang direcruit oleh Professor X atau Charles Xavier dan Magneto atau Eric Lensherr.

Mereka di antara mutant paling awal dikesan yang wujud di America dan mereka ditugaskan oleh CIA untuk menyelamatkan dunia dari serangan Mutant jugak tapi dari geng jahat.

So..selepas Professor dan Magneto buat recruitment so dorang training macam askar jugak la nak gi perang walaupun waktu suntuk.

Serangan terakhir melibatkan peluru nuclear ke negara Cuba yang bole menyebabkan perang dunia berlaku.

So yang ini sedikit sebanyak jalan cite ni..kalau cite semua kang korang tengok kat movie dah bosan..huhu.


Dari segi watak antagonist yang di bawak oleh Kevin Bacon sebagai Sebastian Shaw ni pun memang banyak menghidupkan cite ni.

CGI memang tak kan terlepas la dengan cite cite omputih ni tapi memang kalau dalam pawagam tu rase macam real sangat berlaku depan mata.


Walaupun hampir semua pelakon yang berlakon dalam filem ini adalah pelakon baru namun memang alive cite ni dan memang screening pemilihan pelakon filem ni takde cacat celanya hampir ke perfectness.

Dari segi prop master dan make up artist memang ada kelainan sikit la design pakaian dan make up nya kalau nak di compare kan dengan cartoon tapi realness tu nampak la.

Memang prop dan pakai serta make up consider okay.

Yang Jay sedih tu watak Wolverine yang dipegang oleh Hugh Jackman keluar sikit je..huhu..itu pun dia swear sikit je tapi yang penting lepas penapisan filem..wahooo..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and korang kena pi tengok film ni sangat sangat.

Jay bagi 4 out 5 and 2 thumbs up untuk movie ni

Nantikan review Filem Karak esok 8 Jun okay.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Janji pegi tengok okay - Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :