Selasa, 10 Mei 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru




Salam semua.....Hari ni saya nak buat satu entri khas sempena Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru.

Antara Tujuan Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru ini ialah
1) Berkenalan dengan blogger baru.
2) Merapatkan diri dengan blogger baru.
3) Memudahkan kita sesama blogger berkenalan antara satu sama lain iaitu sama ada sesama kita mahupun dengan rakan-rakan   bloggers yang lain.


Okaylah....Sebenarnya saya dah mula blogging pada tahun 2008 lagi. Tapi masa tu saya buat personal blog. Saya ni tak berapa reti nak update cerita2 personal saya sebab pada saya tak ada yang special untuk saya ceritakan dan saya juga bukanlah kreatif untuk menarik org datang ke blog saya. Lama kelamaan blog saya tu jarang saya update dna kalau update pun 3 bulan sekali..huhuhu.......

Tapi bermula pertengahan tahun lepas (Ogos 2010) saya aktif berblog kembali disebabkan saya telahpun memulakan perniagaan butik pakaian wanita (www.poise.my) .......promote sikit...heheheh....bila dah ada blog perniagaan ni sy rasa saya perlu aktif kembali berblogging untuk promosikan produk saya.....

Dalam masa yang sama, saya juga berminat untuk berkongsi informasi dengan blogger lain so saya buat satu lagi blog atas nama Easy XS (lepak.com.my). Dalam blog ni ada bermacam2 informasi yang saya nak kongsi iaitu tutorial blog, tempat menarik yg saya lawati, tempat makan yang best dan sebagainyalah..Sambil2 saya berkongsi info dengan blogger lain dapatlah saya promote produk perniagaan saya juga....


Harapan saya dalam dunia blog ini ialah supaya semua blogger dapat berkongsi2 pendapat, berkenalan antara satu sama lain dan secara tidak langsung dapat promote blog kita tak kiralah apa jenis sekali pun. Harapan saya juga agar semua blogger dapat berkumpul dalam satu perhimpunan besar supaya kenal face to face kan...yelah ..selama ni kita just kenal kt dalam dunia maya ni jer...sesekali dapat berkumpul best best ...huhu.

Setakat ini sajalah dari saya......


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :