Jumaat, 11 Mac 2011

The Fast & The Furious : Fast Five the movie



HallllOoooO boyz & Gurls..

Korang minat keta tak..??..skrang ni ramai yang dah gile keta..kekadang tengokkan Proton Inspira pun pun dah jadi Lancer..huhu..habis di make up kannya..siap sticker MMC sebesar cermin ditampalnya.

Kalau korang minat keta mesti korang gile The Fast & The Furious yang memula keluar dulu tahun 2001..rupanya dah sedekad dah cite ni..tua pakcik dah.

Purata lebih kurang 2 tahun sekali cite ni keluar sebab yang ke lima dah pun.

Kali ni punye cite berbeza sikit dari sebelum ni sebab kalau sebelum ni lebih kepada cite yuppies yang lebih kepada gile drag & drift racing je..yang this one dorang dah main dengan drug cartel kat brazil.

Pelakon pun semua sama termasuk la si Ludacris yang membawak watak Te..yang dulu berlakon dalam F&F 2 jadi tukang setting game dengan rambut afro..cume skrang rambut dah pendek.

Synopsis cite ni..lepas Brian O'Connor (Paul Walker) & Mia (Jordana Brewster) berjaya melarikan si Dom (Vin Diesel) dari tahanan pihak berkuasa..dorang ni semua terpaksa melarikan diri sampai la ke Brazil.

Kat Brazil dorang terpaksa berdepan dengan business man yang nak dorang ni semua mati so nak tak nak memang kene main game dengan dorang semua.

Federal Agent Luke Hobbs (Dwayne "The Rock" Johnson) pun carik depa gak so cite ni dah jadi macam cite serius sikit..dah macam Bad Boys 2 sikit pun ade..huhu.

Justin Lin kembali semula mengarah film ni selepas berjaya mengarahkan cite F&F Tokyo Drift beberapa tahun lalu dan Jay confirm CGI mesti banyak pakai punya macam Tokyo Drift dulu.

Cite ni pun penuh dengan stunt yang gile-gile gak macam F&F 3 and keta yang dipakai banyak dari model baru-baru macam Nissan Skyline GT-R 35.

Jay rasa rugi pulak kalau tak menjenguk cite ni.

Filem ni dijangka ditayangkan di pawagam dunia pada April 29th 2011 dan dijangka ditayangkan di pawagam tanah air pada May 05th 2011.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Selamat berwayang and muahhhh - Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :