Jumaat, 11 Mac 2011

Berita terkini : Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitude & Tsunami setinggi 6 metre.


Berita mutakhir berkenaan gempa bumi di Japan.....

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

Kami di Xs akan melaporkan berita terkini mengenai perkembangan keadaan di Jepun dari semasa ke semasa.

Saksi kejadiaan turut berkata Tsunami berukuran 10 meter turut dapat dilihat di perairan Jepun..lebih kurang 30 kaki tinggi..lebih kurang nak sampai rumah 3 tingkat la kalau kat sini.

Dan sehingga pukul 3.00 pagi waktu Malaysia 12 Mac 2011, seramai 1000 orang dianggarkan maut di dalam kejadian ini dan kebanyakkannya dikhuatiri maut kerana lemas.


Jay dan warga di Xs turut bersimpati dengan ape yang berlaku di Japan..teringat tsunami kat negara kite dulu..itu pun baru kecik je.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :