Memaparkan catatan dengan label Trafik Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trafik Blog. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2016

Hantar URL ke 10 laman carian utama dengan SubmitStart

Sebelum ini ada entri mengenai Tingkatkan trafik blog/website dengan ping blog. So hari ni nak share bagaimana untuk hantar URL ke 10 laman carian utama. Terima kasih atas perkongsian saudara Hasrul Hassan.
Dengan menghantar URL ini dapat meningkatkan trafik blog korang.

Caranya mudah sahaja. Korang x perlu nak buka satu2 site dan hantar URL. Memadai dengan satu klik sahaja dan korang dah boleh hantar URL blog korang kepada 10 laman carian utama.

Caranya adalah dengan pergi ke SubmitStart.
  1. Letakkan URL blog
  2. Letak email
  3. Klik Submit
 Sekarang, URL blog korang dah siap dihantar.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Rabu, 17 Ogos 2011

Apa itu Backlink


Apa itu Backlink? Bagi blogger, backlink memang tak asing lagi.

Backlink dengan bahasa mudahnya ialah link web kita yang berada atau disimpan di dalam web/blog orang lain.

Kenapa ramai yang mengejar backlink?
Sebab semakin banyak backlink semakin banyaklah trafik akan masuk ke dalam blog kita.

Kalau kita perhatikan, kita boleh tengok backlink tu dengan banyak cara. Antaranya ialah

1. Apabila link kita dimasukkan ke dalam bloglist blog lain. So rajin2lah join bloglist dan manfaatnya bukan pada kita sahaja tapi kedua2 pihak. Saya sendiri suka join bloglist sebab bila blog saya selalu diupdate dan sentiasa akan berada di senarai atas sekali. Secara tak langsung menaikkan trafik bila org klik link saya. Ada juga yang memang dah masukkan blog saya dlm bloglist. Terima kasih.

2. Korang perasan tak bila korang letak button share kt artikel korang tu. Bila orang klik share then artikel tu akan dikongsikan dengan org lain melalui facebook. Cuba korang bayangkan ada berapa orang dalam FB tu. Secara tak langsung kita dah dapat backlink kt situ. Betul tak?...huhuhu....

3. Melalui komen. Tak dinafikan dengan komen di blog lain akan meningkatkan trafik sebab kita dah tinggalkan link blog kita kt situ. Bila ada link orng akan klik kt link tu. So jgnlah jadi silent reader...Rajin2 la mengomen jek...huhuhu....

4. Letak signature link blog kita bila join forum dan hantar email. Sambil2 join forum letakkan link blog kita..kt situ dah dapat backlink.

5. Melalui join contest dan segmen blog lain juga dapat backlink. Tak caya?..Cubalah join mana2 contest atau segmen. Saya suka join contest dan segmen sebab selain dapat memperkenalkan blog saya, link blog saya sentiasa berada dalam blog tersebut selagi contest atau segmen tu berjalan.

5.Buatlah artikel yang menarik dan berkualiti sebab bila artikel kita dikongsi dalam blog lain, biasanya akan dikreditkan ke blog kita. Sebagai contoh blog saya ada tutorial untuk blogspot dan ada beberapa blog yang share artikel saya di blog mereka.

6. Selalu blogwalking sebab kita akan meninggalkan link di ruangan shoutbox.

7. Exchange link dengan blog lain. Tinggalkan seberapa banyak link. Huhuhuh.....Saya suka dengan blog yang membolehkan saya letak link saya.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mendapatkan backlink dan kadang2 kita tak sedar sebenarnya kita dah tinggalkan link kita. Kalau korang ada maklumat tambahan lagi bolehlah tulis di ruangan komen yer...bolehlah kita berkongsi maklumat.




Khamis, 4 Ogos 2011

6 Cara Tingkatkan Page View

Page View ialah jumlah halaman @ page dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka oleh pengunjung blog. Ada beberapa cara untuk kita tingkatkan page view dan saya nak share beberapa tips atau cara untuk kita sama2 tingkatkan page view.

1. Letak Related Post
Post2 yang terpilih ialah post-post yang sama labels so bila kita letak related post ni secara tak langsung page view kita akan tinggi. Contohnya kalau visitor blog buka entri tentang tutorial, di related post akan disenaraikan entri2 lain yang berkaitan dengan entri dibaca tadi. Visitor blog tak perlu susah payah untuk cari entri lain yang berkaitan.


2. Letak Linkwithin
Linkwithin lebih kurang sama dengan related post cuma post yang dipaparkan adalah secara random yang relate dengan post tetapi masih boleh meningkatkan page view sebab gambar yang terpapar akan menarik minat visitor blog untuk klik dan baca entri tersebut.


3. Gunakan Read More dalam entri dalam blog
Adalah digalakkan untuk pasang read more dalam blog supaya dapat melajukan page blog kita dan secara tak langsung meningkatkan page view. Di samping itu dengan memasang read more akan membuatkan visitor blog yang datang akan klik pada entri yang kita tulis tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan enti. Kalau entri korang tu menarik mesti visitor akan klik.

4. Tidak letakkan terlalu banyak enttri dalam main page blog
Seboleh2nya, elakkan letak terlalu banyak entri dalam main page blog sebab akan melambatkan / memberatkan blog. Bila blog kita lambat dan berat, visitor mesti akan tinggalkan blog kita dan secara tak langsung mengurangkan page view. Kalau boleh just letak dalam 1 ke 2 entri sahaja di main page blog dan akan menyebabkan visitor klik pada entri yang lama untuk membaca entri yang lain. Jangan letak terlalu banyak. 

5. Letak Popular Post
Popular post juga dapat menarik minat visitor blog untuk klik pada mana-mana popular post dalam blog. Biasanya popular post diletakkan di side bar blog.


6. Letak link entri yang lama dalam entri
Biasakan dengan meletakkan link bagi entri lama ke dalam entri yang baru kita tulis. Contohnya korang buat satu entri tentang SEO, so cuba kaitkan entri tersebut dengan entri lama yang pernah korang tulis sebelum ini dengan meletakkan link tersebut. Secara tidak langsung, visitor akan klik pada link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan link tersebut.

Okaylah.....setakat ini sahaja untuk saya share. Sekiranya korang ada tips atau cara lain, bolehlah share juga yer......

Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini



Selasa, 12 Julai 2011

Teknik SEO : Penggunaan Keyword

SEO?....Rata2 blogger cukup kenal perkataan ni......Sepertimana yang telah saya terangkan dalam entri saya yang terdahulu Apa itu SEO.....SEO memainkan peranan penting sekiranya kita betul2 serius dalam blogging.

Dengan aplikasikan teknik-teknik SEO, blog kita akan sentiasa dikunjungi sebab sentiasa berada di kedudukan enjin carian. Kebiasaannya, visitor lebih suka tengok blog@web yang berada di page 1 dan cuba bayangkan jika setiap carian di enjin carian, blog kita berada di page pertama, so kebarangkalian peningkatan trafik adalah tinggi.

Kali ni saya nak share sikit apa yang saya tahu tentang teknik SEO dengan penggunaan Keyword atau kata kunci.

Penggunaan keyword adalah penting pada tajuk artikel yang kita tulis. Pastikan tajuk artikel berkaitan dengan isi artikel yang kita tulis tu. Janganlah korang tulis pasal tajuk artis, isi pasal isu semasa pulak....rasanya tak ada lah kot yang buat macam tu kan...huhuhu.....

Dalam menentukan keyword ni, cuba korang fikirkan perkataan yang sering dicari dalam enjin carian di internet. Kalau nak tau contoh-contoh keyword yang telah menaikkan trafik dalam blog LEPAK ni boleh baca entri saya Trafik naik dengan tajuk entri yang hot!

Entri terbaru saya yang berjaya menaikkan trafik saya adalah Terkini : Gambar, Video dan berita terkini Perhimpunan Bersih 2.0. Ini adalah salah satu contoh penggunaan keyword berdasarkan isu semasa.


Trafik LEPAK dengan menggunakan keyword berdasarkan isu semasa Terkini perhimpunan BERSIH

Keyword yang dicari di enjin carian
Dalam entri korang juga kalau boleh letaklah keyword tersebut berulang kali di dalam entri korang dan boleh juga BOLD dan Italic kan bagi memastikan teknik SEO dengan penggunaaan keyword ni lebih efektif.

Setakat ini saja penerangan saya kali ni....saya hanya menerangkan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya dalam menggunakan keyword dalam penulisan blog saya...sekiranya korang ada teknik-teknik lain boleh lah kongsi dengan saya di ruangan komen ni.....terima kasih kepada blog-blog yang banyak menerangkan pasal SEO ni contohnya Jamaluddin.net, FirdausKasim, 2dayblogger yang sentiasa menjadi rujukan saya.


Di entri akan datang saya akan share teknik SEO yang lain pula.

"HAPPY BLOGGING"

Khamis, 7 Julai 2011

Apa itu SEO


SEO....Rasanya korang yang dalam dunia blogging ni sure tau apa itu SEO kan...... Dalam dunia blogging ni SEO adalah perkara yang paling penting bagi menaikkan trafik pada blog kita.

Apa itu SEO?
SEO ni adalah singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization iaitu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam enjin carian. Sape tak nak web@ blog kita sentisa berada di kedudukan yang teratas dalam enjin carian. Bila kedudukan kita antara yang teratas so secara tidak langsung trafik yang datang ke blog kita akan bertambah hanya dengan mengaplikasikan konsep SEO dalam blog kita.

Sebagai contoh lah kan, kalau kita ada web@blog berkaitan perniagaan dan nak mempromosikan produk yang kita jual, konsep SEO amat sesuai diaplikasikan dalam blog kita bagi mempromosikan produk.

Dengan mengaplikasikan konsep SEO ni, akan meningkatkan populariti sesebuah web@blog seterusnya meningkatkan trafik. Kebiasaannya, SEO ini bermain dengan kata kunci  @ keyword samaada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.

Saya akan terangkan bagaimana kata kunci @ keyword yang kita gunakan mampu untuk meningkatkan trafik blog pada entri akan datang. Tunggu tauuu.....


Rabu, 6 Julai 2011

Trafik naik dengan tajuk entri yang hot!



Rasanya korang semua dah tahu kan, tajuk sesuatu entri yang kita tulis tu memainkan peranan penting untuk menaikkan trafik blog.

Tajuk yang kita pilih tu mestilah keyword yang selalu dicari di dalam enjin carian. Contohnya tajuk2 panas masa kini...tak kiralah gosip ker....atau apa2 ajer lah.....lagi bagus kalau tajuk entri yang korang buat tu adalah antara entri yang terawal.....lagi lah banyak trafik yang masuk.

Sebenarnya saya pun bukanlah pandai sangat bab2 keyword ni....masih belajar dari blog2 otai pasal SEO ni.....tapi memang menjadi lah......

Okaylah, saya nak tunjukkan antara entri yang mendapat trafik yang tinggi dalam blog ni.....selepas mendapat tunjuk ajar dari blog2 otai (lupa dah dari mana...huhuhu).....


Ini adalah antara tajuk2 entri saya yang menyebabkan trafik saya naik mendadak.

Apa2pun, kualiti entri juga penting......ada juga yang cari pasal tutorial.....tak dinafikan carian untuk tutorial juga menyumbang trafik dalam blog ni.......


Selain tu korang boleh jugak cuba cara dengan menukarkan tajuk blog kepada tajuk entri kita. Ini bagi membolehkan apa yang ditaip oleh pengunjung blog senang dikesan oleh search engine. Korang boleh rujuk entri saya yang dulu iaitu Naikkan trafik blog - tajuk entri.

Kalau korang nak tau lagi banyak pasal SEO ni bolehlah ke blog ariffshah...serius....banyak ilmu SEO yang korang boleh belajar.....tak rugikan kita belajar benda yang kita tak tahu.