Jumaat, 11 September 2020

Kursus Asas Kemahiran Pembangunan Blog & Website


Pada 5hb September 2020 (Sabtu), telah berlangsung Kursus Asas Kemahiran Pembangunan Blog & Website bertempat di Dewan Komuniti Sungai Kantan, Kajang. Kelas ini diadakan secara PERCUMA.

Di dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan asas pembangunan blog yang meliputi pendaftaran blog, cara memulakan post, cara memasukkan gambar, video, menukar template sedia ada kepada template baru, menambah gadget dan lain-lain asas pembangunan blog.

Kursus ini adalah kerjasama antara Pejabat Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Kajang, Team Selangor , MPKK Sungai Kantan, Kajang dan website rasmi LEPAK.

Team Selangor adalah merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Urusetia Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor.

Boleh ikuti Team Selangor di platform berikut:
Twitter @teamselangorofl

Kursus ini sangat sesuai dihadiri oleh peniaga yang ingin menambahkan medium pemasaran menggunakan blog selain menggunakan Facebook, Instagram dan lain-lain.

Maklumbalas yang sangat baik diterima di kalangan pelajar yang hadir. Pelajar telah diajar secara praktikal di dalam kelas. Kelas secara 'live' bagi pelajar yang tidak dapat hadir secara offline juga telah diadakan di bawah kelolaan SWIN TV.

Semoga kelas ini memberi manfaat kepada semua yang hadir dan terima kasih atas sokongan semua.







lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :