Isnin, 10 Februari 2020

Abam Bocey Meninggal Dunia

Berita yang agak mengejutkan pagi ini. Pelawak yang juga merupakan anggota kumpulan Bocey iaitu Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam telah meninggal dunia di kediamannya pagi tadi di Gombak.

Abam dikatakan demam beberapa hari dan mengadu sakit kepala sejak 2 hari lalu. Ketika isterinya Nor Hidayah ingin mengejutkannya untuk solat Subuh, tiada tindakbalas daripada beliau.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffey, 5 bulan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kita sama-sama sedekahkan al-fatihah.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :