Rabu, 21 Mac 2018

Resepi : Daging Goreng Kunyit


Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan

1. Daging dipotong nipis dan diperap dengan serbuk kunyit dan garam dalam 15 minit



2. Bawang putih (dihiris), bawang besar (dipotong bulat), cili merah/hijau/api (dipotong)


3. Kacang panjang, lobak atau lain-lain sayur


Cara masak
  1. Masukkan daging yang telah diperap tadi di dalam kuali dan masukkan air. Rebus sehingga daging empuk. Daging perap yang direbus ini akan membuatkan rasa daging lebih sebati dengan perapan serbuk kunyit dan garam tadi.
  2. Setelah daging empuk, masukkan  minyak ke dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus tadi.
  3. Masukkan bawang, cili, kacang panjang dan lobak yang telah dipotong tadi.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Biasanya tak perlu tambah garam kerana daging yang telah diperap tadi telah dicampurkan dengan garam.
  5. Kalau nak lauk berkuah, boleh tambah air mengikut selera.
  6. Siap untuk dimakan.

    lepak.com.my

    About lepak.com.my

    lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

    Subscribe to this Blog via Email :