Ahad, 1 Oktober 2017

Resepi : Sambal sardin


Sardin ni memang wajib simpan kat rumah. Sardin ni lauk paling senang nak sediakan terutamanya bila dah tak tahu nak masak apa lagi sebab dah kering idea nak nak masak. Sardin ni kita boleh pelbagaikan resepinya, terpulang pada kreativiti. Resepi sambal sardin ni paling senang nak buat. 10 minit dah boleh siap. :)

Bahan-bahan

  1. Sardin satu tin
  2. Bawang besar -dihiris
  3. Bawang putih - dihiris
  4. Asam keping
  5. Cili kering - dikisar

Cara masak
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi dan goreng sehingga masak
  3. Masukkan asam keeping (jangan banyak sangat sebab nanti masam sangat)
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. Masukkan ikan sardin
  6. Siap untuk dimasak
Senangkan? Cubalah :)


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :