Selasa, 4 Julai 2017

Resepi : Daging Lebur-lebur

Dekat 3 bulan jugak tak diupdate blog ni. Bukan setakat bersawang dah blog ni tapi penuh habuk. Hajat di hati tu nak update macam2, tapi tulah kan bila penyakit M sampai. :). Asalnya nak post resepi ni sebelum bulan puasa tapi tak sempat. Tapi tak apalah. Boleh juga guna resepi ni bagi sesiapa yang sukakan masakan yang simple. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Semua nak cepat.

Okaylah. Resepi ni asalnya dari resepi ayah yang selalu masuk hutan dulu sebab kerja sebagai polis. Masa kitaorang kecik2 dulu ayah selalu masakkan resepi ni. Sampaikan kitaorang kat U pun kitaorang bawak resepi ni sekali masa duk kat rumah sewa. :). Sangat mudah dan simple. Jom terjah resepi Daging Lebur-lebur.

Bahan-bahan
  1. Daging (Boleh digantikan dengan ayam, sotong atau udang. Tapi saya lebih sukakan daging)
  2. Cili api (dipotong) - Kuantiti ikut suka
  3. Bawang besar (dihiris) - Lagi banyak lagi sedap
  4. Bawang putih (dihiris) 
  5. Sos Tiram
  6. Sos Cili
  7. Kentang - Goreng
Cara masak
  1.  Panaskan sedikit minyak - Gunakan minyak yang sedikit
  2. Tumiskan  cili api, bawang besar dan bawang putih
  3. Masukkan daging - Letak sedikit air supaya daging mudah empuk
  4. Selepas daging masak sedikit, masukkan sedikit sos tiram dan sos cili secukup rasa.
  5. Garam secukup rasa
  6. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
  7. Masukkan air sekiranya daging masih belum empuk
  8. Siap untuk dimakan
Selamat mencuba :)



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :