Jumaat, 21 Ogos 2015

Kenapa kita perlu ambil insuran?

Bila kita sebut sahaja tentang insuran dah terbayang tiap-tiap bulan kita kena keluarkan duit untuk bayar dan rasa sangat membazir.Ditambah pula kebanyakan daripada kita masih kabur tentang insuran dan manfaat sekiranya kita mengambil insuran. Tidak dinafikan kurangnya pemahaman yang khusus di luar sana betapa pentingnya untuk kita mengambil insuran. Jom kita sama-sama berkongsi kenapa kita perlu mengambil insuran dan apakah manfaat yang akan kita dapat.

KOS PERUBATAN
Adakah kita tahu bila kita akan mendapat penyakit? Adakah simpanan kita mencukupi untuk   membayar bil-bil hospital dan perubatan? Sekiranya anda pernah dimasukkan ke hospital, pasti sudah sedia maklum berapa kos yang perlu dibayar bagi ubat, kemasukan ke wad dan lain-lain prosidur. Takkan kita nak habiskan simpanan kita semata-mata untuk membayar bil hospital. Duit simpanan itu juga adalah untuk kegunaan lain.  Sementara masih sihat dan muda, ambillah insuran. Sekiranya telah mendapat penyakit, orang tersebut tidak akan dilindungi. Pasa masa itu, kalau anda nak bayar RM1000 sebulan pun tidak akan dilayan. Jadi apa lagi? Jangan sia-siakan masa sihat anda. Lagi muda umur anda lagi sedikit yang anda kena bayar setiap bulan.  

MUSIBAH
Persiapan sekiranya dilanda musibah kerana kita tidak tahu bila kita mendapat musibah seperti kata pepatah "Malang tidak berbau". Bersedialah dengan segala kemungkinan kerana sekiranya anda telah berkahwin, sekurang-kurangnya isteri,anak-anak dan keluarga kita tidak terbeban.

PENDIDIKAN
Bagi pasangan yang telah mempunyai anak, fikirkan tentang perbelanjaan di masa hadapan. Kos pendidikan semakin meningkat sekarang. Sekurang-kurangnya, bila anak-anak sudah dewasa dan ingin melanjutkan pelajaran, simpanan daripada insuran boleh membantu. 

TIDAK DILINDUNGI SYARIKAT SEUMUR HIDUP
Kadangkala, bila agen datang untuk "approch" insuran, jawapan yang diberikan ialah

"Alah, aku kerja kat xxxx ni banyak gaji, lagipun company aku cover semua bil perubatan untuk aku dan anak aku sekali. Buat apa aku nak membazir ambik insuran ni"

Untuk makluman, sekiranya anda tiba-tiba jatuh sakit dan pihak syarikat tidak lagi mahu menggaji anda kerana kerap mengambil MC dan diberhentikan kerja, adakah bil perubatan anda ditanggung oleh pihak syarikat? Tidak bukan. Jadi, apa yang terlintas di fikiran anda ketika itu? Mesti anda akan terfikir alangkah bagusnya sekiranya aku ambil insuran dulu. Tetapi perlu diingat, insuran tidak akan melindungi penyakit sedia ada. Pada masa ini, sudah pasti duit simpanan anda menjadi sasaran.
Bila sudah tiada kerja, isteri dan anak2 juga menerima tempias. Fikirkanlah sebaiknya untuk merancang kewangan dan masa depan anda.


Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785
http://prubsntakafulsuzy.blogspot.com


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :