Jumaat, 5 April 2013

Ramada Plaza Melaka



Lama betul tak update pasal tempat menarik kt blog ni..bersawang dah rasanya blog ni sebab tuannya agak sibuk sekarang ni.....lagi lah dengan pembubaran pilihanraya Rabu lepas, makin banyaklah kerja lepas ni..

Baru-baru ni saya saya telah menghadiri kursus di Melaka dan tempat penginapan kami ialah di Ramada Plaza Melaka. Not bad jugak hotel ni...cantik dan boleh tahan besar jugaklah bilik dia.....sebenarnya hampir setiap bulan saya berkursus di hotel tapi tak sempat nak update hotel tempat saya menginap tu.....sibuk dengan jadual kursus yg padat sampai tak sempat nak ambil gambar....Okaylah berbalik pada Ramada Plaza Melaka ni, apa yang saya suka tentang hotel ini ialah bilik yg cantik jugaklah kan dan selesa...kt bawah ni ada beberapa gambar yang sempat saya ambil di dalam bilik..



Toilet yg cantik :)

Pemandangan lobi

Pemandangan lobi yang diambil dari tingkat atas

Dapur yang berkonsep terbuka


Lagi satu yang saya suka ialah dapur yang berkonsepkan terbuka...Pilih jer nak makan apa, akan disiapkan dalam masa tu jugak.....ada seafood....pilih jer..then dia akan masakkan....kiranya kenyang lah makan masa 2 hari kursus tu.......bila dalam kelas mata pun dah mengantuk sebab kekenyangan...ehhehehe....

* gambar makanan tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat...huhuhu

Kalau korang datang ke Melaka tu rasanya tak rugi menginap kt sini...mmg besttt...

Alamat Ramada Plaza Melaka:
Jalan Bendahara, Melaka, 75100 Melaka

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :