Jumaat, 22 Jun 2012

Resepi: Daging masak kurma



Hi..datang lagi dengan resepi baru....dah nak dekat2 bulan puasa ni entri resepi memang laris di pasaran..semua nak cepat siap...hehehe...okaylah..resepi kali ni ialah daging masak kurma....

Bahan-bahan

1. Daging(kalau nak cepat empuk direbus dahulu atau potong nipis2)
2. Serbuk kurma (kuantiti ikut suka, tapi kalau banyak sangat kuah akan jadi pekat) -dicampur dengan sedikit air
3. Bawang besar, bawang putih, halia (dihiris)
4. Asam keping/asam jawa/air asam limau (boleh pilih nak guna mana satu)
5. Santan kelapa (kalau nak guna susu cair pun boleh juga)
6. Bawang  besar (dipotong 4)
7. Cili besar merah atau hijau (dipotong 4)
8. Kentang (dipotong 2 atau 4)

Cara masak

1. Tumis kan bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau
2. Masukkan serbuk kurma dan goreng sehingga masak
3. Masukkan daging, tutup dan tinggalkan seketika
4. Masukkan santan, kentang
5. Biarkan kentang empuk sedikit dan masukkan bawang besar dan cili merah tadi
6. Garam secukup rasa dan asam keping/asam jawa/air asam limau
7. Sedia untuk di makan.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :