Isnin, 5 Mac 2012

Lagi nahas bas : Gambar kemalangan bas di Genting 5 Mac 2012

Lagi berita kemalangan yang membabitkan bas....kali ni berlaku di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada pukul 7.55 pagi tadi.


Dilaporkan 2 orang maut dalam nahas ini yang membabitkan pelancong dari India. Bas ini membawa seramai 22 orang penumpang yang disewa daripada syarikat Star Ekspress. Bas ini dikatakan hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ketika menuruni selekoh tajam.

Rasanya dah banyak juga kes kemalangan bas di Genting ni. Maybe keadaan bukit dan selekoh yang tajam dan pemandu yang tidak biasa dengan keadaan tersebut.

Penumpang yang meninggal duni tersebut adalah seorang wanita yang berumur 55 tahun yang mati ditempat kejadian dan seorang lagi adalah lelaki yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Beberapa orang lagi dilaporkan cedera parah.

Difahamkan, pihak polis dan bomba terpaksa memecahkan bumbung bas untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.





Sumber gambar : nescafeais

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :