Jumaat, 30 Mac 2012

Gambar banjir kilat di Klang : 30 Mac 2012

Nampaknya kerap juga kejadian baNjir kilat di sekitar kawasan Selangor ni. Bermula dengan Kajang yang dilanda banjir teruk pada tahun lepas, diikuti pula dengan beberapa kawasan di Ampang dan Hulu Langat dan hari ni pula di Klang.

Dilaporkan beberapa kawasan sekolah dan perumahan di Klang dilanda banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak 3.30pagi tadi.

Antara kawasan perumahan yang terjejas ialah Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sungai Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa and Taman Chi Liung.

Selepas ni, PBT di Selangor ni kena fikirkan alternatif lagi bagi menaiktaraf infrastruktur di kawasan PBT masing2 bagi mengurangkan dan kalau boleh mengelakkan kejadian sama berulang lagi demi kesejahteraan orang awam. Peruntukan juga rasanya memainkan peranan penting dan diharap peruntukan bagi penyelenggaraan infrastruktur  dapat ditingkatkan supaya PBT dapat menjalankan tugas dengan baik.


 
 
 
 
 

Sumber gambar: wowberita

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :