Selasa, 28 Februari 2012

Tahniah! Mawi dan Ekin dapat anak perempuan

Tahniah kepada Mawi dan Ekin yang telahpun dikurniakan cahayamata perempuan pukul 4 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Bangi.

Menurut Mawi,

Berkongsi cerita mengenai proses kelahiran itu, kata pelantun lagu Kian itu lagi, isterinya telah pun ditahan di wad bersalin sejak semalam.

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.
Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Walaubagaimanapun, bayi tersebut belum diberikan nama dan pasangan ini masih belum bersedia berkongsi wajah bayi mereka. Insya allah peminat semua bolehlah menatap wajah puteri mereka ni masa kenduri doa selamat nanti. Apapun, tahniah sekali lagi.

Sumber: murai

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :