Ahad, 19 Februari 2012

Resepi : Nasi goreng simple

Resepi kali ni agak mudah.....Nasi Goreng Simple....nama pun simple kan...nak sediakan simple jugaklah...huhuhu...kalau ada nasi lebih tu boleh buat resepi ni...just sediakan bahan tambahan ajer..

Bahan-bahan:

1. Nasi
2. Cili kering, bawang putih, bawang merah (dikisar bersama2)
3. Ikan bilis, kentang (digoreng) - kalau nak letak udang, ayam atau daging pun boleh
4. Beberapa ekor sotong (ikut suka) - dibersihkan
5. Sayur sawi
6. Kicap manis
7. Garam

Cara masak:

1. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
2. Masukkan sotong yang telah dibersihkan
3. Masukkan kicap manis
4. Garam secukup rasa
5. Masukkan nasi dan ratakan
6. Masukkan sayur sawi dan akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
7. Siap untuk dimakan...




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :