Isnin, 6 Februari 2012

Hari Thaipusam di Malaysia


Esok sepertimana yang kita tahu adalah hari Thaipusam.  Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Sebenarnya, hari Thaipusam ni adalah hari  untuk menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Macam-macam cara untuk penganut hindu ni untuk bernazar dan memohon ampun. Ada yang bawa kavadi, bercukur dan lain-lain.  Kadang-kadang tengokkan cara mereka ni macam menyeksa diri. Ada yang cucuk dengan besi, berjalan atas paku dan macam2 lagi lah. Bergantung kepada keupayaan masing2.

Kalau masa Thaipusam ni, memang sesak bukan sahaja dengan penganut Hindu tetapi juga pelancong asing. Pelancong kan suka kalau benda2 pelik macam ni kan.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :