Sebelum ni terdapat pertikaian dalam kenaikan pangkat penjawat awam di dalam SBPA....ada yang tidak bersetuju kerana terdapat jurang yang amat besar dari segi kenaikan antara golongan bawahan dan pengurusan tertinggi. Atas sebab itu juga, SBPA diarahkan untuk ditangguhkan perlaksanaanya sehingga perbincangan menemui jalan penyelesaian.
Dan kini, Kesatuan Pekerja-Pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menuntut kerajaan memberi kenaikan  gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16  kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27  hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52  hingga Gred 54 (RM2,500).
Kalau dilihat pada tuntutan ni pada pendapat saya, jurang kenaikan tu tak nampak ketara sangat......itupun kalau tuntutan ni diterima lah kan...huhuhu.....kita tunggu saja lah keputusannya nanti.. 
PUTRAJAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan  gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan  terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)  sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru  Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16  kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27  hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52  hingga Gred 54 (RM2,500).
“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM  ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya  kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada  mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap  maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan  tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain  perlu dinaikkan gred.
“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima  tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu  dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap  Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
“Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang  sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. “Ini tidak adil kerana  bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku  siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah  usaha mereka,” katanya.
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan  mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati  kenaikan tinggi dalam SBPA. “Kalau betul kerajaan berhasrat untuk  merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu  adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut  kesaksamaan,” katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya  dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs  mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA  dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
“Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu  ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,”  katanya.-BERNAMA
p/s : Kalau dah ada kenaikan ni, harap penjawat awam menunjukkan prestasi yang baik sebab tak semua penjawat awam ni goyang kaki. Banyak pandangan orang luar tentang penjawat awam yang banyak rehat dari kerja ni sebenarnya tak betul sangat. Kadang2 ada juga yang sampai tak sempat nak keluar makan pun.....Yang nampak hanya segelintir sahaja...bukan semua...:)




