Sabtu, 7 Januari 2012

Jalan yang dijangka sesak pada Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901


Umum dah tahu rasanya yang polis telah pun  membenarkan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Isnin depan (9 Januari 2012) dengan syarat, ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

Walaubagaimanapun, kita tak tahu apa yang jadi pada hari kejadian nanti samaada berlangsung secara aman ataupun sebaliknya. Pihak polis tetap mengambil langkah berjaga2.

Bila ada perhimpunan macam ni, sure banyak jalan2 yang sesak macam masa perhimpunan BERSIH yang lepas.


Berikut adalah mesej daripada Polis berkaitan perhimpunan 901 ini:


Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah :-
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching
3. Bulatan Segambut
4. Jalan Khidmat Usaha
5. Jalan Ibadah
6. Jalan Dutamas
7. Jalan Persiaran Dutamas
8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

(sumber http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia)

p/s: Memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja, dinasihatkan keluar awal bagi mengelakkan kelewatan di tempat kerja atau sekolah.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :