Rabu, 14 Disember 2011

Tutorial : Cara masukkan video Youtube dalam Powerpoint 2007

Dah mahir guna Microsoft Powerpoint 2007?...Rasanya ramai yang tahu kan sebab sekarang pun dah ada Office 2010..Saya terpanggil nak buat tutorial ni bila saya ditanya oleh student saya ketika mengadakan kursus asas komputer Powerpoint 2007 iaitu macammana nak masukkan video Youtube ke dalam Powerpoint. Maklumlah...sekarang ni, youtube dah jadi website yang wajib dilawati kalau nak cari video2 pilihan. Kalau dalam kelas student ni tak nak guna default video tapi nak masukkan juga video dari youtube ni....

Sebenarnya taklah susah sangat mana pun. Senang jer....jom kita belajar cara2nya.

1. Cari video yang nak dimasukkan di youtute.

 2. Copy URL video

3. Paste kan ke dalam Notepad dan delete perkataan watch?v=

4. Gantikan perkataan yang di delete tadi dengan v/
 
5. Kembali ke Microsoft Powerpoint 2007. Aktifkan tab Developer dengan klik pada logo Microsoft dan klik PowerPoint Options. Tandakan Show Developer tab in the Ribbon.

 
6. Di menu Developer, pilih More Controls

7. Pilih Shockwave Flash Object 

8. Klik dan tarik kursor untuk melukis kotak iaitu tempat untuk video dipaparkan


9. Right click pada kotak tadi dan pilih Properties

10. Paste URL tadi di Movie Property field 

 11. Adjust saiz video dan sebagainya dan test video korang tadi (perlu ada internet connection). Dah jadi pun. Senang je kan..Cubalah.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :