Khamis, 15 Disember 2011

Gambar Pudu pula dilanda banjir kilat 14 Disember 2011

Nampaknya kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di bandar-bandar besar di negara kita ni. Bermula di Kajang, UITM Shah Alam, Jalan Tun Razak dan sekarang di Pudu pula. Apa kes ni?.....Nampaknya kerajaan kena buat sesuatu macammana nak elak kejadian ni berlaku....maklumlah...banyak harta benda yang rosak, kereta tersadai.

Berbalik cerita di Pudu ni, hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang, semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter.

Jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.

Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala bulatan Pahang.

Nampaknya KL mengalami 2 kali kejadian banjir kilat dalam masa 2 hari jer....Kerja keras lah yer DBKL dalam minggu ni. Dua hari berturut2 banjir....

 
 
 

p/s: Apa punca utama sebenar banjir kilat ni ekkk?...

Sumber:hmetro


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :