Selasa, 22 November 2011

Video jaringan gol Malaysia vs Indonesia Sukan SEA


Tahniah pasukan Harimau Muda Malaysia...rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan malam tadi. Rasanya tak sia2 tengok bola sampai habis semalam selama 2 jam...fuhhh...tak pernah dibuat2....tak berganjak sekalipun.....


Perlawanan semalam boleh dikatakan hebat bagi kedua2 pasukan......hebat......dan penuh dramatik.....lebih2 lagi bila di masa tambahan......masing2 nak masukkan gol.....dan lebih dramatik lagi bila perlawanan diheret pula ke sepakan penalti.....berdebar.....risau.....semua ada....macam nak kena sakit jantung pun ada...huhuhu..dan bila ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kemenangan tak tahu nak gambarkan macammana perasaan.....

Apa2 pun pada saya, ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat memang terbaik.....bertindak cemerlang sepanjang perlawanan. Tahniah juga kepada pasukan Malaysia yang berjaya mengharungi gelombang penyokong merah di Stadium malam tadi dan melenyapkan suara Ganyang Malaysia....kehadiran penyokong yang tidak seramai penyokong Indonesia tidak mematahkan semangat pasukan Harimau Muda yang sudah semestinya telah membaham Garuda di bumi sendiri....

Penyokong Indonesia sepatutnya menghormati Malaysia ketika lagu Negaraku diputarkan dan kelihatan penyokong Indonesia yang masih tinggal di dalam stadium tak mengendahkan lagu kebangsaan kita. Pemain kita juga ditahan di luar stadium oleh penyokong Indonesia. Apa lah kan....semangat kesukanan lah sikit......Bila dah menang, pemain Malaysia dikatakan ambil dadah pulak....fuhh...penuh tragiklah  nak lawan dengan Garuda ni.........macam2 cabaran....

Pada yang nak tgk balik babak cemas dan mendebarkan Malaysia semalam, jom layan video ni



p/s: Pagi ni pergi ofis, semuanya cerita bola, mesyuarat pun cerita bola....dalam FB bola......dalam radia pun bola...dalam paper apatah lagi kan.....muka depan cerita kejayaan bola.......dan sungguh terharu dengar lagu Negaraku berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Indonesia.

Sumber gambar:utusan

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :