Khamis, 24 November 2011

Resepi : Kari Daging


Resepi hari ni ialah kari daging. Nak guna ayam pun boleh, cuma gantikan daging dengan ayam. Tak payahlah cerita panjang2....jom jenguk2 resepi ni dan boleh cuba lepas ni.

Bahan:

1. Daging yang telah dipotong (rebus dahulu sehingga empuk)
2. Serbuk kari
3. Cili kering (dikisar bersama bawang merah, halia dan bawang putih)
4. Santan kelapa
5. Bawang merah, putih dan halia (dihiris)
6. Buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis (sedikit)
7. Kentang (dipotong)
8. Asam keping

Cara masak:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah, putih dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering dan goreng sehingga garing dan naik minyak
4. Masukkan santan, daging yang telah direbus dan kentang
5. Selepas mendidih, masukkan asam keping
6. Tunggu sehingga kentang empuk
7. Sedia untuk dihidang


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :