Selasa, 8 November 2011

Pelajar Malaysia di Jawa Timur, Indonesia mati dibunuh


Berita terkini!!....Seorang pelajar Malaysia iaitu Adrian, 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur telah mati dibunuh.

Pelajar tersebut telah mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.

Ludinata berkata, berdasarkan keterangan polis, kejadian yang menimpa Adrian bermula pada jam 6.30 petang di rumahnya di bandar Malang, apabila beliau bersama dua rakan serumah terdengar bunyi bising di luar kediaman mereka.

Adrian yang keluar menyiasat tidak menemui apa-apa yang aneh namun beliau mengesyaki ada orang cuba mencuri motosikal yang baru dibelinya.

Pelajar itu kemudian berpesan kepada dua rakan serumahnya supaya mengunci pintu dan menunggu beliau di dalam rumah, sementara beliau menaiki motosikal untuk mencari pihak yang disyaki berniat jahat itu.

Tidak berapa lama kemudian selepas gagal menemui orang yang dicari, Adrian pulang semula ke rumah dan sejurus berhenti di luar rumah, beliau secara tiba-tiba diserang dengan tetakan di bahagian kanan lehernya dengan senjata tajam oleh orang yang tidak dikenali. 


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :