Jumaat, 11 November 2011

Gambar perkahwinan pengacara Melodi Dira Abu Zahar Dan Helmi

11.11.11 adalah tarikh keramat bagi pengacara Melodi Dira Abu Zahar dan pasangannya Helmi, pengarah fotografi, apabila telah diijabkabulkan di kediaman keluarga Dira di Merlimau, Melaka selepas solat Jumaat tadi sekitar pukul 4.15 petang.

Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan,  sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.




p/s: Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber : gua,ohbulan

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :