Jumaat, 7 Oktober 2011

Siapa itu Steve Jobs pencipta IPhone.


Selamat petang you all semua..Jay takde mood sangat nak buat intro pepanjang sebab one of my idol dah passed away semalam.

Dunia dikejutkan dengan pemergian pencipta dan usahawan paling berjaya yang meneraju kejayaan sebuah syarikat dari dibelakang garaj rumah sehingga membuat keuntungan 14 Billion Dollar tahun lepas sahaja.

Steve Jobs
Tak lain tak bukan Steven Paul Jobs atau lebih dikenal dengan nama Steve Jobs.

Siapa steve Jobs ni..?? yang orang kenal dia adalah icon kepada Syarikat Apple Incorporated.

Jay akan bawak you all go through all the detail pasal icon ni dalam bahasa paling mudah dipahami okay supaya korang tak mengantuk baca.

Steven Paul "Steve" Jobs dilahirkan pada February 24th, 1955 dan berkerjaya sebagai seorang pencipta dan usahawan.

Beliau beragama Buddha dan merupakan pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk syarikat ini..banyak gile keje dia ni..Jay satu keje pun dah separuh mampos nak buat.

Jobs dilahirkan di San Fransisco dan menjadi anak angkat kepada keluarga Paul Jobs dan Clara Jobs yang tinggal di Mountain View California.

Bapa kandung Jobs adalah seorang pelarian ke Amerika syarikat berketurunan Muslim Syria bernama Abdulfattah John Jandali  yang sekarang ni berkhidmat sebagai Professor di University of Nevada dan juga menjadi Timbalan President Boomtown Hotel Casino di Reno Nevada.

Ibu kandung dia pulak bernama Joanne Schieble (kemudian Simpson) adalah graduan Amerika yang berketurunan Swiss dan German yang berkhidmat sebagai pakar patologi bahasa.

Ibunya kemudian berkahwin lain dan dari perkahwinan ini Jobs mendapat seorang adik bernama Mona Simpson dan merupakan antara salah seorang novelist paling berjaya di Amerika Syarikat.

Mona Simpson
Mona juga berkhidmat sebagai Professor Bahasa Inggeris di UCLA..perghhh..keluarga dia ni memang takde jawatan kecik kecik ke...??semua nya keje tahap Ph.D.

Mona dan Jobs first time bertemu pada tahun 1986 dan sejak itu mereka menjadi rapat dan Jobs selalu jumpa adik dia ni kat Manhattan New York.

Jandali (Bapa Steve) mendakwa dia tak nak menyerahkan Jobs kepada keluarga angkat tapi keluarga bekas isterinya (Simpson) tidak merestui perkahwinan dorang dengan orang Syria dan selepas itu Jandali beberapa kali cuba berhubung dengan Jobs tetapi gagal sehingga ke hari dia meninggal dunia.

Jobs bersekolah di Cupertino Junior High dan Sekolah Menengah Homestead Cupertino, California.

Steve Wozniak
Beliau banyak menghabiskan masa mendengar syarahan selepas waktu sekolah di Hewlett-Packard Company di Palo Alto dan kemudian bekerja sambilan di situ bersama-sama Steve Wozniak ketika musim panas.

Selepas tamat sekolah menengah pada tahun 1972 Jobs menyambung pelajaran di Reed College di Portland Oregon.

Pada musim luruh 1974 Jobs pulang ke California dan mula menghadiri mesyuarat Kelab Komputer Homebrew bersama-sama Wozniak.

Kemudian dia mula bekerja sebagai juruteknik di Atari..kalau you all dulu kaki main game masa tahun 80-an mesti kenal company Atari ni..company ni antara pioneer dalam dunia game seangkatan dengan Nintendo dan Micro Genius.

Tujuan dia ambik keje ni pun sebab nak simpan duit nak pegi India untuk pangabidian kerohanian di sana.

Lepas dah settle pegi balik India dia pulang ke Atari dan diberikan tugas untuk mereka papan litar untuk game Breakout..dimana menurut pengasas Atari Nolan Bushnell, Atari memberi $100 untuk setiap cip yang dapat dikurangkan di dalam mesin consul.

Dia dan Wozniak berjaya mengurangkan sehingga 50 cip sehingga rekaan mereka tak bole dikeluarkan ketika itu kerana ruang yang terlampau sempit.

Ronald Wayne
Lepas dah settle keje semua dengan Atari, pada tahun 1976, Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne mengasaskan Apple.

Sejak dari inilah permulaan mereka melakar sejarah dalam dunia teknologi sehinggalah pemergian beliau.

Logo Apple yang pertama
Antara logo terawal Apple direka oleh Ronald Wayne yang menggambarkan Sir Isaac Newton duduk di bawah pokok Apple.

Bermula dari syarikat bernilai $200-300 aje..nah ambik kau sekarang dah bole beli negara dah.

So kalau untuk Apple pulak Jay akan sambung cite lain pulak pasal Apple okay.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :