Isnin, 10 Oktober 2011

Resepi : Nasi goreng ayam/daging pedas

Resepi nasi goreng kali ni ialah nasi goreng ayam/daging pedas. Mudah dan senang untuk disediakan...macam biasa lah.....kt sini resepi yang disediakan semuanya mudah.....huhuhu...tak nak pening2 kepala nak sediakan.

Bahan-bahan

1. Nasi
2. Cili kering - dikisar (kalau nak pedas boleh letak banyak)
3. 1 biji bawang besar (dihiris)
4.  3 biji bawang putih (dihiris)
5. Ayam /daging dipotong kecil
6. Lobak merah (dipotong kecil@dadu)
7. Cili merah (dipotong halus)
8. Kicap manis
9. Sos tiram
10. Garam


Cara masak

1. Goreng ayam/daging terlebih dahulu dan asingkan
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering dan goreng sehingga masak
4. Masukkan lobak merah, cili merah, ayam/daging yang telah digoreng tadi
5. Masukkan kicap manis dan sos tiram dan garama secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga rata
7. Sedia untuk dimakan
8. Kalau nak sedap boleh ditaburkan dengan daun sup dan dihidangkan dengan telur mata


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :