Rabu, 19 Oktober 2011

Rashidi Ishak terima Ijazah


Akhirnya selepas 7 tahun menjadi pelajar, pelakon Rashidi Ishak telah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Apa kata Rashidi?

"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.

"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua semester disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.

"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.

"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.

Tahniah diucapkan kepada Rashidi kerana walaupun sibuk sebagai pelakon masih ada masa untuk melanjutkan pelajaran walaupun mengambil masa yang panjang. Contoh inilah yang perlu ada kalau nak jadi idola pada masyarakat....Sekarang ni pun dah ramai artis yang ada pelajaran dan memandang pelajaran itu penting walaupun bergelar artis...Harap2 lepas ni ada lagi yang ikut jejak langkah Rashidi....


Sumber : mstar


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :