Ahad, 4 September 2011

TERKINI : Jurukamera BERNAMA maut ditembak di Somalia

TERKINI:
Anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan jenazah Noramfaizul Mohd. Nor telah pun tiba di TUDM Subang pada pukul 10.05 pagi  (4 September 2011)  sebelum dibawa dibawa ke Masjid TUDM untuk disembahyangkan di Subang.

Jenazah Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM.

Salam Aidilfitri semua. Rasanya dah lama LEPAK ni tak diupdate. Almaklumlah tengah seronok2 beraya kan sampai tak sempat nak update blog ni.

Tapi disebalik keseronokan kita, ada satu berita yang mengejutkan rakyat Malaysia di mana jurukamera BERNAMATV  Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia. maut ditembak di Somalia.

Ketika cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia. Kelihatan kesan tembakan di bahu

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.

Gambar terakhir yang diambil beberapa jam sebelum kejadian

Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.

Sama2 kita mendoakan ke atas rohnya. AMIN.


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :