Khamis, 22 September 2011

Resepi : Nasi Goreng USA


Kalau pergi mana2 restoren mesti ada nasi goreng USA ni. Tah dari mana tah dapat nama tuh...huhuh..rasanya org sana pun tak tau kot ada nasi goreng USA tuh....apa2 pun jomlah kita tgk macammana nak sediakan resepi ni......dengar nama macma susah jer nak sediakan...tapi senang jer.......

Bahan-bahan (untuk nasi):

1. Nasi
2. 2 ulas bawang putih - diketuk
3. 1/2 bji bawang besar - dihiris (kalau nak banyak pon boleh)
4. Cili kisar
5. Sos tiram
6. Lobak merah (dipotong dadu) - nak guan mix veg pun boleh
7. Garam

Cara masak:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan sos tiram dan lobak merah
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.


Bahan-bahan (untuk daging masak merah):

1. Daging dihiris (rebus dahulu supaya empuk)
2. 2 ulas bawang putih - diketuk
3. 1 biji bawang besar - dihiris
4. 1/2 biji cili benggala - dipotong
5. Tomato
6. Cili kisar
7. Sos cili
8. Sos tiram
9. Garam, gula

Cara masak:

1.Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan daging dan air rebusan daging tadi.
4. Masukkan cili sos, sos tiram, cili benggala dan bawang besar.
5. Letak garam, gula secukup rasa dan biarkan kuah menjadi pekat
6. Masukkan tomato dan angkat
7. Tambahkan telur mata kerbau, keropok goreng, timun dan tomato (kalaun tak nak pun tak apa)

p/s: Resepi telah diedit daripada Resepi Raidah mengikut citarasa


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :