Rabu, 10 Ogos 2011

Rusuhan di London dan pelajar Malaysia dibelasah dan disamun


Terkejut semalam bila terima SMS dari seorang kawan mengatakan ada rusuhan di London. Dilaporkan, rusuhan sebenarnya bermula denga satu protes kecil secara aman dipinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis

Ekoran kejadian tersebut, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool.

Dilaporkan 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan

Dan yang lebih memeranjatkan, seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa. Pelajar tersebut dikenali dengan nama Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20.

Video pelajar tersebut juga telah di muat turun di laman web youtube.


p/s: Masih selamat berada di Malaysia.....aman dan damai....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :