Jumaat, 5 Ogos 2011

Resepi : Mee hoon goreng



Resepi kali ni ialah mee hoon goreng. Tak susah...just sediakan bahan2 yang simple jer...

Bahan-bahan :

1.  3 ketul ayam dipotong dadu/kecil
2.  Daging kisar
3.  Cili kering  -dikisar
4.  Bawang putih - ditumbuk
5.  Bawang merah  -ditumbuk
6.  Lobak, sawi dan lain-lain sayur yang dirasakan perlu (ikut selera masing-masing)
7.  Mee hoon - direndam sehingga lembut
8.  Ikan bilis -ditumbuk
9.  Sos cili
10. Sos tiram
11. Kicap manis
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Limau kasturi

Cara masak:

1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis,bawang putih dan merah yang telah ditumbuk tadi dan goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil tadi dan daging kisar. Kemudian masukkan cili kering.
3. Masukkan kicap manis, sos cili dan sos tiram secukup rasa.
4. Selepas cili kering yang digoreng tadi sudah agak menggelegak masukkan lobak dan sayur-sayuran lain.
5. Goreng sehingga masak dan letak garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan mee hoon yang telah direndam. Gaul sehingga sebati.
7. Masukkan sayur sawi diakhir sekali.
9. Siap untuk dimakan. Perahkan air limau kasturi untuk lebih sedap.

ps: Boleh dimakan sekali dengan telur goreng dan keropok goreng. Cubalah..mesti sedap....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :