Ahad, 7 Ogos 2011

Resepi : Kari Daging Kering




Resepi kali ni agak mudah dan simple untuk disediakan. Selalunya kita masak kari dengan menggunakan santan tapi resepi kali ni tak perlu gunakan santan. Sesuai untuk korang yang tak berapa suka dengan masakan bersantan. Jom kita cuba resepi ni.


Bahan-bahan

1. Daging (direbus terlebih dahulu)
2. Rempah kari (dicampurkan dengan sedikit air)
3. Bawang putih, bawang merah dan halia (dikisar atau ditumbuk)
4. Bunga lawang, buah pegaga dan kulit kayu manis (kalau tak suka tak perlu letak)
5. Sedikit air, garam secukup rasa
6. Asam keping atau air asam jawa
7. Tomato (dipotong 4), bawang besar (potong bulat) dan cili merah (dipotong memanjang)

Cara masak

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pegaga. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan daging yang telah direbus.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan sedikit air, bawang besar dan cili merah.
6. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping/air asam jawa
7. Masak sehingga kering sedikit dan akhir sekali masukkan tomato.
8. Hidang dan siap untuk dimakan.


Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini





lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :